Sunday, 16 December 2012

Penang Bridge International Marathon 2012 Report

Lepas event kat Putrajaya, aku sign up kategori half marathon kat Penang untuk julung kali. Hehe. Saje nak merasa lari kat tempat orang. Sebab aku dengar ni pun kali terakhir PBIM ni diadakan kat jambatan lama. Next year diorang dah boleh lari kat jambatan baru tu.

Kali ni aku redah sorang diri jer. Kalau nak badan sihat, tak payah nak tunggu orang kan. Cewahh.... Since aku dah pernah ke Penang bulan 5 tu hari. So tak jadi masalah lah pasal mana nak beli tiket, mana keretapi berhenti, mana nak ambik ferri, semua tu dah dalam kocek seluar ni jer ( up lagi ! hehe ). Tapi yang jadi masalah nya, tiba-tiba guesthouse and hostel-hostel dah penuh kat Penang ni. Nasib jumpa satu bilik tu, tapi harga pun dah kena up sikit daaaa. Tapi ok lah tinggal kat area Georgetown ni semua ada, so senang sikit untuk aku bergerak.

On race day. Jam 11pm aku dah slow - slow bergerak ke stesen bas. Organizer siap provide shuttle bus dari Georgetown, so dah settle lah satu masalah nak ke Queensbay. Sampai - sampai jer ditempat kejadian, participant pun dah ramai. For Full Marathon, diorang start jam 2am, then follow by Half Marathon 1 jam lepas tu. So aku sempat bersiap, tukar dari selipar ke kasut, dari tshirt ke running vest, load sikit apa yang perlu and warm up.

3km 5km 
First 3km tu macam biasa, baru nak cari pace sebenar, dengar orang nya yang ramai. Tapi pelik bila diorang lepas kan peserta lelaki and perempuan berasingan, tapi tu kan lebih bagus. Shit happen when i forgot to press my stop watch, so aku tak boleh nak monitor timing aku yang sebenar. Dah 3km baru sedar.

6km - 10km
Feel comfortable with my pace. Aku ambik lorong paling kiri sekali. And just pay attention to those white line. Jadi terleka sikit. But not forgotten to enjoy the scenery yang superb. Make a u-turn at km 9, I try to avoid 2 water station, pasal aku dah ada fuel belt. Telan 1/2 power gel, since ni first time aku guna benda ni. Takut ada problem with stomach ache nanti. 

10km - 15km
Dah half way. Energy still ok, telan lagi 1/2 power gel. Kaki ada cramp sikit. Now I realized about ORS salt they talking about. Time-time macam ni lah benda tu berguna. Tapi apakan daya, lari tetap kena diteruskan.
At km15 dah nampak samar-samar sikit Queensbay, tapi aku tak tertipu dengan pandangan mata. Teruskan berlari.

16km - 21km
The journey will left about 5km more. I try to maintain the same pace, tapi apakan daya. Banyak kali aku tersadai di tengah jalan. Aku tetap kan timing every each water station stop  I need to take at least 1 minutes before continue my run. Strategy menjadi. I clock down at 2:25 slightly 5 minutes late than my own PB. Sedih tu memang sedih, because I come here with mission to renew my own PB. Tapi at least I give a try. There a lot of rooms to improve right. In sha Allah in next race d;D better timing yeah. 




Thursday, 8 November 2012

Sinar Mentari di Nusa Tenggara

Aktiviti menggalas beg diteruskan selepas beberapa hari aku pulang dari Sri Lanka. Destinasi aku seterusnya kearah Nusa Tenggara atau senang dipanggil Lombok. Kenapa Lombok  yek? Sebab salah satu bucket list aku tahun ni, adalah untuk menawan Gunung Rinjani

Dari KLIA, transit di airport Denpasar sampai ke Lombok Praya. Hampir 12jam aku berkelana dalam airport. Sampai-sampai airport Lombok aku disambut oleh para `scammer` dengan berbagai cara. Yang paling best sekali siap nak bagi pinjam telefon. Tindakan bijak untuk book airport transfer dari Bandara Lombok Praya menyelamatkan aku. Lega rasa hati bila ternampak Pak Kimin memang plycard tertera nama aku. 

Sampai pun dah malam, sempat aku jamah nasi goreng jer di Senggigi sebelum meneruskan perjalanan ke Senaru. Jalan berkeluk-keluk, sampai kat Senaru pun dah jam 11pm. Memang badan pun dah lunyai. Tak dapat aku bayangkan, esok dah nak start trekking ni.  Apa kan daya, hadap jer lah kan.

Esok pagi aku disajikan dengan lempeng pisang dan teh o, ditengah-tengah hutan Senaru tu.Tenang ditemani bunyi cengkerik dan burung - burung. Lama tak rasa macam ni. Asyik dengar bunyi hon kereta jer. Then terus siap untuk laporkan diri kat pondok Senaru. Since aku travel sorang, time tu aku dapat lah berkenalan dengan kawan-kawan yang akan join aku hiking sekali. Part paling best sekali, aku sorang jer dari Malaysia, yang lain semua dari negara Eropah ( France, Switzerland, Belgium, Holland, Germany ). Terhegeh-hegeh juga aku nak follow pace diorang ni. Laju sangat.

Alhamdulillah by 6pm kita orang dapat tawan Pos 1 Plawangan. Badan lenguh-lenguh toksah cakap lah. Beg aku ada dalam 5kg berat. Menyesal gak dok bawak barang-barang tak penting. Tapi bila tengok pemandangan dari Plawangan ni. Subhanallah, lupa terus penat tadi. Keesokkan pagi nya semua dah siap-siap untuk terus kan perjalanan. Kali ni menuruni lereng-lereng bukit tu untuk menuju ke Tasik Segera Anak. Ingat kan mendaki yang susah. Tapi sebenar nya turun tu lagi mencabar. Ada pesanan ringkas dari porter yang bawak barang tu, kena extra careful kat satu spot tu sebab ada pendaki yang tergelincir lalu meninggal ! Berdebar terus dada aku. Fuhhhh. Member hikers aku dari France pun cakap yang trek dia agak mencabar sikit, berbanding Annapurna. Sebab sebelum dia datang sini, dia dah pegi trekking kat sana. Wallahualam lah kalau dia menipu. So aku kena pegi Annapurna lah kalau nak tau betul ker tak? Heheh 

Puas istirehat kat Tasik Anak Segara tu, kita orang sambung lagi trekking sampai ke Post 2. Khemah pun dah pasang. Malam ni aku tidur sorang. Member yang satu tent dengan aku dah balik sebab dia buat 2D1N jer. Syok lah conquer satu khemah tu sorang. Akibat keletihan trekking sehari suntuk, aku meleburkan diri seawal 8pm. Pagi nanti nak kena bangkit seawal 2am. Masa untuk hibernate dan recharge badan secukup nya.

Pagi tu cuaca agak cantik. Cuma agak dingin. Suhu ada lah dalam 18 celcius. Lepas alas perut, kita orang start trekking. Trek dia agak susah berbanding trek yang sebelum ini. Trek dia batu-batu gunung yang kecil-kecil. Sekali pijak, dengan kasut-kasut terbenam. Aku hike dengan slow pace ajer. Alhamdulillah sampai juga kat puncak Rinjani. Dari atas tu boleh lah nampak Gunung Agung, 3 pulau Gili dan Pulau Sumbawa. Bila nampak keagungan Allah S.W.T, rasa nak menitis air mata ni. Bertapa kecil nya kita di bumi NYA, betapa agungnya kejadianNYA. Subhanallah. Syukur dapat aku juga aku menyaksikan sinar mentari di Nusa Tenggara ni. Masih kah ada sinar-sinar yang lain? Sama - sama kita tunggu. Hehe

Bagi yang berminat nak trekking Rinjani. Korang boleh dapat kan info melalui website ni:-

http://www.rudytrekker.com/

Mana lagi lepas ni? Ermmm....

                                                                                    Mount Agung - Bali

                                                                            Ni baru nak mula trekking. 


                                                                      Puncak Rinjani dari Post 1 - Plawangan 

                                                        Kalau dapat view macam ni setiap pagi. Mau pengsan.

                                                                                       Post 1 - Plawangan 

                                                                                self photo - Post 1 Plawangan

                                                   Betul kan, berat mata memandang berat lagi bahu memikul

                                                                            Group foto - Tasik Segera Anak

                                                                                                     Post 2

                                                                          Porter yang tengah bertenggek

                                                                      Time ni dah menitis sikit air mata ni.

                                                                                   me above the cloud nine








Tuesday, 30 October 2012

Race Report - Putrajaya Night Marathon -21km


 Alhamdulillah, weather is on our side walaupun langit nampak agak cloudy when time aku sampai sana. Warmup sikit lebih kurang while waiting for Asry. Bila dia sampai jer sempat lah borak-borak kejap, since he need warm up sebab dia masuk 42km, aku pulak 21km. So this time aku learn for the past, do proper warmup untuk panas kan enjin untuk elakkan kekejangan dan menambah kuasa kuda aummmm.! 

 Bila starting tu as usual. I need to go with super snail pace. Nak redah - redah lautan manusia ni kan. Ramai jugak yang masuk 21km malam tu. Satu perkembangan positif untuk industri `PELARIAN` ni. After first waterstation at km 3. Baru aku dapat maintain pace sebenar aku, upgrade sikit ke snail pace pulak. Dapat aku follow pace 2 - 3 orang runner depan aku. 

Route kali ni ok. Ada flat, hilly sikit, turun hill. So ada excuse lah yang aku tak dapat maintain pace sebenar aku. Padahal memang dah slow pun. Kena kejang sikit kat calf at km 18, nasib baik aku cepat bertindak sebelum melarat. Kudos to organizer, waterstation setiap 3km, refreshment sponge yang agak best, sampai kan aku yang terasa agak layu-layu terjaga dari kelayuan. Movie figures macam Spiderman, Batman, Star Wars pun ada as a supporter. So overall the organize done good job for this race.
 
For this race, aku tak tetap kan any timing but at least can beat my previous timing for SCKLM bulan Jun tu hari. Since aku pun baru jer balik dari London (will story about my trip to London later), lack of training, I smoke a lot of ciggy (sejuk sangat kat sana), makan pun tak tentu arah. But Alhamdulillah I manage to renew my own record and cut down 3 minutes. My chip timing is 2hrs 20min eventually. Kali ni aku tak nak janji untuk training hebat-hebat, but at least I will do something for my future race. Renung - renungkan dan selamat berlari !